Kenapa Lebuhraya Ke Kelantan Lambat Sangat Nak Siap?

Isu kesesakan teruk setiap kali musim perayaan kembali mencetuskan persoalan besar — kenapa sehingga hari ini laluan ke Kelantan masih belum mempunyai lebuh raya “proper” seperti negeri lain

Perkongsian daripada penulis di The Patriots, Azizul Farhan menjelaskan beberapa faktor utama yang menjadi punca projek ini mengambil masa terlalu lama.


LTU Projek Besar Tapi Masih Tertangguh

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) merupakan laluan sepanjang kira-kira 350 kilometer yang menghubungkan Bentong ke Kuala Krai hingga ke Kota Bharu.

Ia bermula sekitar 2012 dengan kos awal RM6 bilion dan dijangka siap pada 2024, namun sehingga kini masih belum disiapkan sepenuhnya.


Tanpa Tol, Tiada Syarikat Konsesi

Menurut Azizul, antara punca utama kelewatan adalah kerana LTU merupakan jalan bebas tol.

Ini bermaksud projek bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan, berbeza dengan lebuh raya tol seperti PLUS Highway atau Lebuhraya Pantai Timur yang dibiayai syarikat konsesi.

Apabila bergantung kepada bajet kerajaan, pembayaran kepada kontraktor perlu melalui proses panjang dan ini melambatkan pembinaan.


Faktor Geografi Jadi Cabaran

Laluan ke Kelantan perlu merentasi Banjaran Titiwangsa yang berbukit dan mencabar.

Ini memerlukan kerja besar seperti:

  • Tebuk bukit
  • Bina jambatan
  • Potensi terowong

Semua ini meningkatkan kos dan melambatkan projek.


Kos Meningkat & Kesan Domino

Kos projek juga meningkat daripada RM6 bilion kepada lebih RM9 bilion menjelang 2023.

Kenaikan ini disumbang oleh:

  • Inflasi
  • Harga bahan binaan
  • Kos tanah
  • Gangguan semasa PKP

Apabila satu fasa tertangguh, keseluruhan projek turut terjejas.


Projek Berpecah & Banyak Pakej

LTU dibahagikan kepada banyak pakej kecil dengan kontraktor berbeza.

Setiap pakej mempunyai cabaran tersendiri dan jika satu bahagian lewat, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan projek.


Faktor Politik & Sejarah Lama

Projek lebuh raya ke Kelantan sebenarnya sudah dirancang sejak 1980-an melalui projek KBKK.

Namun ia beberapa kali ditangguh dan dihidupkan semula susulan perubahan dasar dan politik.

Malah, pernah ada usaha pembinaan menggunakan dana rakyat sebelum diambil alih semula oleh kerajaan Persekutuan sekitar 2015.


Faktor Ekonomi & Populasi

Kelantan bukan kawasan industri utama, menyebabkan projek lebuh raya tol kurang menarik kepada pelabur swasta.

Akhirnya kerajaan perlu membiayai sendiri, sekali gus menyebabkan projek bergerak lebih perlahan.


Rakyat Terus Berdepan Kesesakan

Setiap musim perayaan, lebih dua juta kenderaan dilaporkan memasuki Kelantan.

Keadaan ini menyebabkan kesesakan teruk, peningkatan kemalangan serta menjejaskan perjalanan dan logistik.


Siap 2027, Realiti Atau Harapan?

Sebahagian laluan LTU kini sudah boleh digunakan, namun baki utama masih dalam pembinaan.

Setiap musim perayaan, lebih 2 juta kenderaan memasuki Kelantan, jalan sesak teruk, kemalangan meningkat dan logistik perniagaan terganggu. Ada rakyat berharap walaupun lebuh raya lambat siap, garis jalan jelas dan selamat.

Azizul juga menegaskan, isu jalan ini kerap dipolitikkan walhal rakyat yang menanggung kesannya.

"Teringat ahli politik pernah berkata, Jalan ni guna setahun sekali je. Hakikatnya, ia isu sosial yang berlaku setiap musim perayaan." tulisnya.

Penulis turut menekankan bahawa isu jalan dan pembangunan kerap menjadi modal politik. Bagi yang ingin faham lebih mendalam tentang bagaimana isu sosial diputar menjadi cerita politik, dapatkan buku POLITIK UNTUK PEMULA di pautan berikut: https://thepatriots.easy.co/products/politik-untuk-pemula

Sumber: The Patriots Studios

Baca penulisan asal

SHARE:

TERKINI

Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman
|
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh…
Rumah Macam Wad, Wanita Di Tumpat Tabah Jaga Suami Terlantar, Ibu Dan Adik Sakit Kronik
|
Seorang wanita di Tumpat tidak pernah mengeluh atau merungut…
Kanak-Kanak 2 Tahun Terima 20 Jahitan Selepas Diserang Kera Dalam Rumah Di Peringat
|
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila menerima lebih…
Rakyat Kelantan Cintakan Majlis Ilmu, Ribuan Hadir Sambut UAS Di 3 Daerah
|
Kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia, Prof. Dr. Ustaz Abdul…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!