Padah curi van jenazah, lelaki kemalangan rempuh lori

KULAI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki mencuri sebuah van jenazah milik sebuah surau, sebelum kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Skudai, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung nahas berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati van jenazah jenis Toyota Hiace itu milik Surau Nurul Haq, Jalan Besar, Kampung Sungai Sayong dicuri antara jam 12.01 tengah malam hingga 2 pagi.

“Bertindak atas maklumat, anggota polis ke lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun serta merampas van berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Beliau berkata, susulan insiden itu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang Ahli Jawatankuasa (AJK) surau berkenaan tampil membuat laporan polis pada jam 8.10 pagi.

“Pengadu telah didatangi dua anggota Balai Polis Air Bemban pada jam 4.30 pagi memaklumkan van jenazah milik surau terbabit disyaki dicuri dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori,” katanya.

Menurut Seng Lee, suspek cedera di muka dan kaki akibat nahas berkenaan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan jenayah.

"Tiga lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas sedang giat dikesan dan polis sedang menyiasat pembabitan suspek dalam kes lain di daerah ini serta kawasan berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!