Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas hampir 12 jam bertarung nyawa akibat parah dilanggar kereta yang dipandu bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada jam 7.30 malam hari yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Jamellulkamal Abdul Halim, berkata siasatan awal mendapati pemandu yang juga bapa mangsa berusia 30-an sedang mengalihkan kenderaan dengan cara mengundurkan kereta.

Beliau berkata, bapa mangsa berasa seperti terlanggar sesuatu di belakang sebelum memberhentikan kenderaannya.

“Kanak-kanak itu dikatakan secara tiba-tiba keluar dari rumah dan berada di belakang kereta tanpa disedari bapanya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi membantu melengkapkan siasatan.

KD: Tragedi ini jadi peringatan paling mahal — walau hanya beberapa saat, kecuaian kecil boleh bertukar duka seumur hidup.

Sumber: Buletin TV3

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!