[VIDEO] Polis Kesan Lelaki Disyaki Sepak Kanak-Kanak Perempuan di Telipot

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dirakam bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bharu.

Menurut laporan Harian Metro, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai rakaman yang tular di media sosial pada jam 10.24 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, rakaman itu dipercayai dibuat di sebuah kedai makan sebelum dimuat naik oleh pemilik premis.

“Kejadian dipercayai di sebuah kedai makan di Telipot dan video berkenaan dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya.

“Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Mohd Azmir, polis masih berusaha mengesan lelaki terbabit serta kanak-kanak perempuan yang terdapat dalam rakaman berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!