Kerja Tanah KB Sentral Capai 73%, Pembinaan Awal Bermula 2027

Kerja-kerja tanah di tapak projek KB Sentral kini mencapai kemajuan sebanyak 73%, meningkat berbanding 45% yang diumumkan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Ogos lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin selepas melakukan tinjauan di tapak projek berkenaan.

kerja tanah kb sentral tunjung kota bharu


“Tinjauan saya pagi tadi meneliti perkembangan kerja-kerja tanah di tapak KB Sentral, yang kini telah mencapai kemajuan sebanyak 73% berbanding 45% sebagaimana diumumkan ketika Sidang DUN Ogos lalu,” katanya.

Berdasarkan baki kerja yang perlu dilaksanakan, pihak kontraktor memberi komitmen untuk menyiapkan keseluruhan kerja tanah dalam tempoh dua bulan.

Pembinaan awal disasar bermula 2027

Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran supaya kerja-kerja awal pembinaan KB Sentral dapat dimulakan pada awal 2027.

“Sasaran kerajaan Negeri adalah jelas iaitu supaya kerja-kerja awal pembinaan KB Sentral dapat dimulakan pada awal 2027, seterusnya memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut sasaran pada akhir 2028,” katanya.

kb sentral ecrl kota bharu


Dato’ Dr Izani berkata, kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut perancangan.

KB Sentral dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir 2028 sekiranya pelaksanaan projek berjalan mengikut sasaran ditetapkan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!