Kontinjen Kelantan Raih Tambahan Dua Pingat Emas Melalui Acara Olahraga

Dua atlet olahraga Kontinjen Kelantan berjaya mengharumkan nama negeri apabila masing-masing meraih pingat emas menerusi acara yang disertai di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Alia Batrisya muncul pemenang pingat emas dalam acara lompat jauh wanita, manakala Fatin Nashira turut menghadiahkan emas kepada Kelantan menerusi acara 100 meter lari berpagar wanita.

Kejayaan kedua-dua atlet itu semalam menjadi pencapaian membanggakan buat Kontinjen Kelantan, khususnya dalam cabang olahraga wanita.

Tahniah diucapkan kepada Alia Batrisya dan Fatin Nashira atas kejayaan cemerlang tersebut.

Setakat hari ini Kelantan telah mengumpul empat pingat emas secara keseluruhan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!