Wanita Dari Kelantan Bahagia Bersama Suami Walau Beza Umur 48 Tahun

Ada yang memandang dengan rasa hairan, malah tidak kurang juga yang menyangka mereka ialah ayah dan anak. Namun bagi Che Zainun Che Ahmad, semua itu sudah menjadi perkara biasa.

Perbezaan usia 48 tahun antara dirinya dan suami, Hazlan Hajar, bukan lagi sesuatu yang mengganggu kebahagiaan mereka selepas 10 tahun melayari alam rumah tangga.

Bermula Dengan Persahabatan

Segalanya bermula dengan satu perkenalan di Facebook. Daripada sekadar berkawan, hubungan mereka semakin rapat apabila Che Zainun tertarik dengan sikap Hazlan yang penyabar dan matang.

"Pada mulanya kami hanya berkawan, tetapi sikap penyabar dan kematangan suami membuatkan saya yakin untuk berkahwin dengannya.

"Saya juga memang lebih selesa dengan lelaki yang lebih berusia berbanding lelaki sebaya," katanya.

Sebelum itu, Che Zainun pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki seusia dengannya, namun hubungan tersebut tidak menemui keserasian.

Kebimbangan Keluarga

Ketika membuat keputusan berkahwin pada usia 22 tahun dengan Hazlan yang ketika itu berusia 70 tahun, keluarganya memberikan restu, namun tetap mempunyai kebimbangan.

"Mereka merestui pilihan saya, cuma bimbang faktor usia suami terutama dari segi kemampuan memberi nafkah batin.

"Bagi saya, umur hanyalah angka. Alhamdulillah, kami kini dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing berusia sembilan tahun dan seorang lagi baru berusia sebulan," katanya.

Menurut Che Zainun, suaminya juga sentiasa menjaga kesihatan melalui pemakanan yang baik dan sehingga kini tidak menghidap sebarang penyakit.

Belajar Bertolak Ansur

Bagi Che Zainun, perbezaan usia sememangnya membawa cabaran tersendiri. Mereka mempunyai minat, gaya hidup dan cara berfikir yang berbeza.

Namun, dia mengakui sikap suaminya yang jujur dan berterus terang banyak membantu mengelakkan perselisihan faham walaupun Hazlan bukan seorang yang romantik.

Di penghujung perkongsiannya, Che Zainun berpesan agar wanita lain tidak terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia, khususnya yang berstatus duda.

Menurutnya, perkahwinan seperti itu memerlukan kesabaran, kematangan emosi dan persefahaman yang tinggi kerana setiap pasangan mempunyai cabaran yang berbeza.

Sumber: Harian Metro, Keluarga

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!