PGA Tumpas Dua Cubaan Seludup 15 Ekor Lembu Di Kelantan

Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan dua cubaan dipercayai melibatkan penyeludupan haiwan ternakan dalam Op Taring Kandang yang dijalankan di Pasir Mas dan Tumpat, dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM390,000.

Dalam operasi pertama pada 7 Julai lalu, Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA Kuantan menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di Jalan Bukit Lata, Jeram Perdah, Pasir Mas kira-kira jam 8.30 malam.

Suspek ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan lapan ekor lembu yang dibawa menggunakan sebuah lori jenis Hicom berwarna merah.

Hasil pemeriksaan, polis merampas lori berkenaan bersama lapan ekor lembu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM198,000.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku lembu tersebut dipercayai hendak dihantar ke sebuah kandang di Repek, Pasir Mas dan menerima upah sebanyak RM150 bagi setiap penghantaran.

Suspek turut memaklumkan haiwan ternakan itu diambil dari kawasan Jeram Perdah selepas berurusan melalui telefon dengan seorang individu tempatan.

Tujuh Ekor Lembu Lagi Dirampas Di Tumpat

Dalam operasi kedua pada 9 Julai, Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA Kuantan sekali lagi menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan Kelaboran, Tumpat kira-kira jam 9.30 pagi.

Suspek gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan tujuh ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand menggunakan sebuah lori jenis Hicom berwarna putih.

Pemeriksaan membawa kepada rampasan lori bersama tujuh ekor lembu dengan anggaran nilai keseluruhan RM192,000.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku lembu berkenaan hendak dihantar ke sebuah kandang di Kampung Laut, Tumpat selepas mengambilnya dari kawasan Kampung Neting.

Suspek turut mengaku menerima upah RM150 bagi setiap penghantaran hasil urusan dengan seorang individu tempatan melalui telefon.

Kes Disiasat Di Bawah Akta Binatang

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Semua tangkapan bersama haiwan ternakan dan barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar Negeri Kelantan bagi tindakan serta siasatan lanjut.

PGA memaklumkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras kegiatan penyeludupan haiwan ternakan di kawasan sempadan.

Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!