Remaja 15 Tahun Disamun, Dirogol Ketika Joging Bersama Adik Di Palekbang

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berdepan pengalaman hitam apabila dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang, Tumpat pada cuti Awal Muharram, Rabu.

Mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Nenek mangsa yang dikenali sebagai Rokiah, 74, berkata, cucunya keluar berjoging bersama adik lelaki berusia 10 tahun pada awal pagi sebelum kedua-duanya dipercayai terpisah.

Menurutnya, cucu lelakinya memaklumkan dia tidak lagi mampu mengikut langkah kakaknya kerana berasa penat dan tertinggal di belakang.

Terpisah Ketika Joging

“Dia beritahu saya dia berasa penat dan tertinggal di belakang. Dia cari kakaknya tetapi tidak jumpa dan menyangka kakaknya sudah pulang ke rumah sebelum dia pun balik.

“Kami hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada bapa mangsa sekitar tengah hari yang memaklumkan remaja tersebut ditemui berhampiran kawasan semak,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Rokiah berkata, berita itu amat mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana mereka tidak menyangka kejadian sedemikian menimpa cucunya.

“Kami berharap individu yang melakukan perbuatan itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Mangsa Dirawat Di Hospital

Beliau berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan berharap tindakan segera dapat diambil terhadap suspek.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!