ICQS Rantau Panjang Kembali Sibuk, Rakyat Malaysia Mula Berkunjung Semula Ke Thailand

Beberapa hari selepas letupan bom di Tak Bai mencetuskan kebimbangan, suasana di Kompleks ICQS Rantau Panjang kembali berubah.

Menurut laporan Sinar Harian, deretan kenderaan yang menuju ke Sungai Golok mula memenuhi laluan sempadan, menandakan orang ramai kembali meneruskan rutin hujung minggu mereka selepas keadaan dilihat semakin reda.

Tetap Berhati-hati, Tetapi Tidak Mahu Terus Takut

Bagi Hafiz Yusoff, keputusan membawa keluarga ke Sungai Golok dibuat selepas melihat kawalan keselamatan di kawasan itu dipertingkatkan.

"Memang pada awalnya kami risau, namun selepas melihat keadaan kembali tenang dan kawalan keselamatan dipertingkatkan, kami mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat ke sana untuk makan-makan.

rantau panjang

Foto: Sinar Harian


"Kami cuba mengelakkan kawasan berisiko dan sentiasa mengikuti nasihat pihak berkuasa."

Noraini Hassan pula mengakui perasaan bimbang masih wujud, namun beliau percaya pihak keselamatan Thailand sentiasa memantau keadaan.

"Insiden seperti ini sentiasa berlaku di sana, tetapi kami percaya pihak keselamatan Thailand sentiasa memantau keadaan.

"Selagi tiada amaran baharu, kami berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku."

Polis Masih Ingatkan Orang Ramai

Walaupun keadaan di ICQS Rantau Panjang kembali sibuk, polis sebelum ini tetap menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke Thailand jika tiada keperluan mendesak.

Nasihat itu dibuat susulan letupan bom pada 29 Jun lalu yang menyebabkan dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan berhampiran Mukim Phrai Wan di Daerah Tak Bai sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!