Doktor Kelantan Lancar Kalkulator Dos Ubat Kanak-kanak Percuma Pertama Buatan Malaysia

Seorang doktor tempatan, Dr. Aman Rizal, dengan kerjasama Puan Nurasyikin daripada Cloudswired Technologies Malaysia, berjaya membangunkan sebuah sistem kalkulator automatik dos ubat kanak-kanak yang dijangka dapat memudahkan tugas doktor, pegawai perubatan, ahli farmasi serta kakitangan klinik di seluruh negara.

Sistem yang ditawarkan secara percuma itu membolehkan pengguna mengira dos ubat sirap dengan pantas hanya melalui pengisian berat badan pesakit. Pengiraan dos akan dilakukan secara automatik bagi membantu mengurangkan risiko kesilapan pengiraan manual.

Menurut Dr. Aman Rizal, sebelum ini ramai doktor di Malaysia bergantung kepada kalkulator dos ubat yang dibangunkan di luar negara bagi membantu proses pengiraan ubat pediatrik.

"Hasrat kami adalah untuk menyediakan platform tempatan yang mudah diakses, pantas dan percuma bagi membantu petugas kesihatan membuat pengiraan dos ubat kanak-kanak dengan lebih yakin serta mengurangkan risiko pemberian dos yang tidak tepat," katanya ketika ditemui.

Locum guidelines malaysia Dr Aman Rizal


Beliau berkata, pembangunan sistem itu merupakan satu langkah ke arah pendigitalan amalan klinikal di Malaysia, selain menyokong penyampaian rawatan yang lebih cekap dan selamat kepada pesakit.

Menurutnya lagi, laman sesawang Locum Guidelines akan terus diperluaskan sebagai platform sehenti (all-in-one) untuk petugas kesihatan dengan penambahan pelbagai fungsi baharu pada masa hadapan, termasuk kalkulator Indeks Jisim Badan (BMI), pelbagai kalkulator klinikal serta rujukan perubatan yang dapat digunakan dalam amalan harian.

Selain dimanfaatkan oleh doktor dan kakitangan hospital atau klinik, sistem tersebut turut boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai rujukan untuk menyemak semula dos ubat anak-anak mereka berdasarkan berat badan, namun pengguna disaran mendapatkan nasihat profesional kesihatan sebelum memberikan sebarang ubat kepada kanak-kanak.

Kalkulator dos ubat automatik itu boleh diakses secara percuma melalui website www.locumguidelines.com

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!