Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid

Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di pekarangan masjid itu awal pagi Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 5.25 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu ditemui di dalam sebuah beg kain yang ditinggalkan di pekarangan masjid.

Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih mempunyai tali pusat.

Pemeriksaan awal mendapati bayi itu berada dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Hospital Daerah Besut bagi menjalani pemeriksaan lanjut serta pemantauan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Besut di talian 09-6959999 atau balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!