Misteri Bau Busuk Terjawab, Pensyarah Universiti Ditemukan Maut Dalam Rumah Di Besut

Misteri bau busuk yang dihidu penduduk di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut akhirnya terjawab selepas mayat seorang pensyarah universiti tempatan ditemukan di kediamannya pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, mayat lelaki berusia 49 tahun itu ditemukan kira-kira jam 9.38 pagi.

“Pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mangsa Ada Sejarah Penyakit Jantung

Mohd Rozaime berkata, mangsa difahamkan mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut bagi menjalani proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan Coronary Artery Atherosclerosis atau penyakit jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Polis Nasihat Orang Ramai Peka

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan perkara luar biasa atau mencurigakan di kawasan kediaman.



Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!