Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing

Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di lampu isyarat di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, malam tadi.

Menurut laporan Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 29 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Puncak Alam apabila sebuah Nissan Almera dipandu lelaki warga asing berusia 28 tahun melanggar bahagian belakang motosikalnya.

tangkap layar rakaman dashcam

Tangkap layar dari rakaman 'dashcam' pengguna jalan raya


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Ketika berada di simpang empat berkenaan, datang kereta jenis Nissan Almera yang dipandu oleh warga asing berusia 28 tahun terbabit melanggar bahagian belakang motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital As Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam untuk bedah siasat.

Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit didapati negatif alkohol dan dadah serta mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baru Sehari Lulus Sijil Kejuruteraan

Dalam pada itu, kisah arwah turut dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ijok, Jefri Mejan yang menziarahi keluarga mangsa di Hospital UiTM Puncak Alam.

Menurut beliau, bapa mangsa memaklumkan arwah baru sehari berjaya lulus sijil kejuruteraan bagi menaik taraf lesen kerjanya.

Lebih menyentuh hati, arwah dikatakan memasang impian untuk memastikan kedua-dua ibu bapanya dapat menunaikan ibadah haji sebelum memikirkan soal rumah tangga.

Jenazah Allahyarham Muhamad Jafni Baharuddin kemudian dibawa ke Masjid Awwabin, Bestari Jaya untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Sementara itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia, Facebook Jefri Mejan

TERKINI

Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!