Kelantan Red Warrior FC (KRW) mengumumkan senarai 21 pemain yang kekal bersama skuad merah putih musim depan.
Sebilangan besar pemain-pemain utama KRW disahkan akan terus menabur bakti bersama pasukan itu bagi saingan musim depan.
KRW bakal beraksi di saingan Liga Super bagi musim 2026/2027 selepas penarikan diri pasukan PDRM FC yang sebelum ini ditangguhkan ke Liga Super kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan.
Liga Super Malaysia dijadual bermula 21 Ogos 2026.
Berikut senarai pemain yang kekal bersama KRW:
