12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta

Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut seorang lelaki warga China dengan tuntutan sebanyak RM2 juta.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa hanya dibebaskan selepas dipercayai membuat bayaran sebanyak USD140,000 (kira-kira RM560,000) sebelum tampil membuat laporan polis.

Sumber memaklumkan mangsa kemudian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, susulan laporan itu, seramai 12 pegawai dan anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, antara yang ditahan termasuk pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) serta beberapa anggota daripada pangkat lain.

Laporan itu turut menyebut kumpulan berkenaan dipercayai menuntut RM2 juta daripada mangsa, namun lelaki terbabit hanya sempat membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Polis juga dilaporkan menemui semula sebahagian wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan kesemua suspek.

Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!