Pegawai Bank didakwa 79 pertuduhan rasuah bernilai RM488,050

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam atas 79 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM488,050, bagi membantu proses pinjaman peribadi pelanggan yang melebihi had kelayakan.

Tertuduh, Syed Mohd Muhaimin Syed Mohd Mashrof, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pembiayaan di sebuah cawangan bank di Kepong, Kuala Lumpur, didakwa menerima wang suapan tersebut yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Wang itu diterima sebagai dorongan untuk membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan syarikat di bank berkenaan, walaupun pinjaman mereka telah melebihi had kelayakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara tahun 2022 hingga 2024, secara serentak dengan permohonan pinjaman pelanggan yang sama di beberapa institusi kewangan lain.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta diarahkan melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap bulan bermula November ini.

Hakim turut memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dan tarikh sebutan semula akan ditetapkan kemudian.



Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!