Warga Emas Berkerusi Roda Dan Berlampin Serta Dua Anak Ditahan Positif Dadah

Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun yang berkerusi roda bersama dua anak lelakinya antara individu yang ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Besut, Terengganu pada Khamis.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 66, 39 dan 30 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Terjebak Dadah Sejak 36 Tahun

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, warga emas itu mengalami penyakit saraf sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda dan memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Menurutnya, lelaki yang mempunyai 13 anak itu mengaku telah terjebak dengan dadah sejak 36 tahun lalu.

"Warga emas berkenaan juga berkerusi roda kerana mengalami penyakit saraf dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.

"Lelaki yang mempunyai 13 anak itu mendakwa terjebak dengan dadah sejak 36 tahun lalu, malah ahli keluarganya tahu bapa mereka seorang penagih," katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Perdana AADK Terengganu di Dungun.

196 Individu Ditahan

Mahadzir berkata, tiga beranak itu merupakan antara 196 individu yang ditahan dalam operasi yang dijalankan di seluruh Terengganu sejak 3 Jun lalu.

Jumlah tersebut termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 66 tahun yang ditahan di Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Kuala Terengganu.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati 159 individu positif methamphetamine, 34 positif ketum, dua positif ganja dan seorang positif heroin.

Lelaki Acu Pisau Kepada Anggota AADK

Dalam operasi yang dijalankan di Dungun semalam, seramai 76 individu ditahan.

Menurut Mahadzir, seorang lelaki berusia 34 tahun bertindak agresif apabila mengacukan pisau kepada lima anggota AADK yang cuba menahannya di sebuah rumah.

"Tindakan lelaki itu berjaya dikawal sebelum ditahan tanpa sebarang kecederaan pada anggota kami dan lelaki terbabit," katanya.

Selain itu, seorang nenek berusia 57 tahun yang mempunyai tujuh cucu dan terjebak dengan dadah sejak 24 tahun lalu turut ditahan selepas didapati positif methamphetamine.

'Port Pekat Bayu' Turut Digempur

Dalam operasi sama, anggota AADK turut menyerbu lokasi penagihan yang dikenali sebagai "Port Pekat Bayu".

Seramai 35 individu berjaya ditahan di lokasi berkenaan yang dipercayai menjadi tempat transit utama bagi aktiviti jual beli dadah.

Menurut Mahadzir, kawasan tersebut aktif antara jam 7 pagi hingga 2 petang serta 5 petang hingga 8 malam.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!