Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai

[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan bom di Kampung Sapom, Takbai, Thailand, tengah hari tadi.

Mangsa adalah lelaki berusia 38 dan 45 tahun mengalami kecederaan pada badan, manakala kenderaan jenis Proton X50 yang dipandunya turut mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.

Seorang lagi individu dalam kenderaan sama dilaporkan selamat.

Kedua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

Ahli Parlimen Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof berkata, kejadian berlaku apabila letupan bom berlaku di laluan yang secara kebetulan dilalui mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Narathiwat untuk rawatan lanjut.

"Kenderaan mangsa juga turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan," katanya.

Polis Kelantan Sahkan Terima Maklumat

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan seorang rakyat Malaysia yang cedera akibat letupan bom di Takbai.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya masih belum memperoleh maklumat lanjut sama ada bom berkenaan dipasang pada kenderaan atau berada di tepi jalan.

"Mangsa adalah dari Sabah," katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!