PGA Rampas 1,400 Pokok Bunga Orkid Dari Thailand Di Rantau Panjang

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 1,400 pokok bunga orkid yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran Pantai Timur dalam satu serbuan di Kampung Lalang Pepuyu, Rantau Panjang pada Khamis.

Dalam operasi Ops Taring Wawasan yang dijalankan kira-kira jam 4 petang itu, anggota Strike Force Kompeni A Batalion 8 PGA turut merampas sebuah Toyota Hilux Single Cab, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM400,000.

Kenderaan Mencurigakan Ditahan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas bahagian belakang kenderaan menemukan 1,400 pokok bunga orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand.

"Pokok-pokok orkid itu juga disyaki membawa serangga perosak," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Untuk Pasaran Terengganu Dan Pahang

Beliau berkata, suspek ditahan di lokasi sebelum dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

Rampasan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan bagi tujuan siasatan serta tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Siasatan awal mendapati bekalan pokok bunga orkid itu diambil dari nurseri sekitar Kampung Rahmat, Rantau Panjang sebelum dirancang untuk dipasarkan ke negeri Terengganu dan Pahang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!