Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat

Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah Turkiye. Namun pada usia 54 tahun, bekas penyerang yang pernah mengharumkan nama negara itu kini menjalani kehidupan yang jauh berbeza apabila dilaporkan hidup sebagai pelarian politik di Amerika Syarikat.

Hakan yang digelar "Sang Lembu Bosphorus" terkenal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Turkiye. Namun selepas bersara daripada bola sepak, kehidupannya berubah secara drastik susulan konflik politik yang berlaku di negara asalnya.

Terpaksa Pandu Uber Untuk Sara Keluarga

Bekas bintang Galatasaray dan Inter Milan itu dilaporkan kini mencari rezeki dengan memandu perkhidmatan e-hailing Uber serta menjual buku bagi menampung kehidupan keluarganya di Amerika Syarikat.

download


Menurut laporan, segala aset dan kekayaannya di Turkiye didakwa telah dibekukan atau dirampas oleh kerajaan negara itu. Malah, sebuah kafe yang pernah diusahakannya di California juga terpaksa ditutup selepas berdepan pelbagai gangguan.

Perubahan besar dalam hidup Hakan bermula selepas beliau meninggalkan dunia bola sepak pada 2008 dan menceburi bidang politik sebagai Ahli Parlimen.

Konflik Politik Ubah Segalanya

Keadaan menjadi semakin tegang selepas beliau dikaitkan dengan perbalahan politik melibatkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Hakan dituduh mempunyai kaitan dengan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 2016, namun beliau berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya bukan pengganas.

Beliau turut mendakwa hak kebebasannya dirampas selain terpisah daripada rakyat Turkiye yang amat dicintainya.

Lebih mengejutkan, namanya dilaporkan semakin jarang disebut di negara asalnya sehingga pernah berlaku insiden seorang pengulas televisyen kerajaan kehilangan pekerjaan selepas menyebut rekod gol miliknya ketika Piala Dunia 2022.

Rekod Yang Masih Belum Dipecahkan

Walaupun berdepan pelbagai kontroversi, nama Hakan Sukur tetap terpahat dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau masih memegang rekod gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia apabila menjaringkan gol selepas hanya 11 saat ketika menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.

Selain itu, Hakan juga menjadi antara tonggak utama yang membantu Galatasaray menjulang trofi Piala UEFA pada tahun 2000, kejayaan bersejarah buat kelab Turkiye itu.

Sepanjang karier antarabangsa, beliau meledak 51 gol dalam 112 penampilan bersama Turkiye, sekali gus kekal sebagai penjaring terbanyak negara tersebut sehingga hari ini.

Kini, di sebalik kehidupan baharunya di Amerika Syarikat, Hakan masih mengekalkan hubungan dengan dunia bola sepak apabila melatih kanak-kanak di sebuah akademi persendirian sekitar Palo Alto.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!