Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang

Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas, Pulai, Gua Musang pada malam Selasa dalam satu kejadian yang menyentuh hati apabila anak sulungnya dikatakan bermimpi melihat bapanya lemas sehari sebelum tragedi itu berlaku.

Mangsa, Mohd Tarmizi Darwis, 35, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam sungai oleh rakannya kira-kira jam 12.10 tengah malam semalam.

Isterinya, Nur Shafiqa Hani Mohd Zuki, 30, berkata, anak sulung mereka, Nur Annisa Syuhada, 15, sebelum ini ada menceritakan mimpi melihat bapanya lemas, namun mereka tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

Keluar Mendulang Emas Walaupun Hari Sudah Lewat

Menurut Nur Shafiqa, suaminya sudah lebih 16 tahun bekerja sebagai pendulang emas dan kebiasaannya mereka akan masuk ke hutan bersama-sama.

Bagaimanapun, pada hari kejadian dia tidak dapat menemani suaminya kerana salah seorang anak mereka demam.

"Saya cuba melarang kerana ketika itu hari sudah lewat iaitu kira-kira 6 petang, tetapi dia tetap nak pergi," katanya.

Mayat Dibawa Keluar Selepas Hujan Lebat

Nur Shafiqa berkata, dia menerima panggilan memaklumkan kejadian itu sekitar jam 12.10 tengah malam sebelum segera membuat laporan polis.

Menurutnya, mayat suaminya tiba di hospital kira-kira jam 5 pagi selepas dibawa keluar dari lokasi yang mengambil masa hampir satu setengah jam perjalanan selain hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda berikutan hujan lebat.

Ibu kepada lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan arwah sebelum kejadian, namun suaminya dilihat agak tertekan kebelakangan ini memikirkan tanggungan keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!