MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor

Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapor bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas dalam kejadian yang memusnahkan 27 buah rumah pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, beliau terus ke lokasi kejadian sejurus tiba di Kota Bharu untuk meninjau sendiri keadaan mangsa serta mendapatkan maklumat terkini mengenai insiden tersebut.

719188495_1514671400065991_7125365490889094532_n


Menurut beliau, lawatan itu turut disertai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Izani Husin dan Rohani Ibrahim, selain pegawai kanan kerajaan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

27 Rumah Musnah, Tiada Kehilangan Nyawa

Beliau berkata, taklimat yang diterima daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan mengesahkan kebakaran tersebut melibatkan 27 buah rumah.

"Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden ini," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Difahamkan, sebahagian daripada 110 mangsa yang terjejas ditempatkan sementara di Masjid Mukim Banggol dan beberapa masjid berhampiran, manakala sebahagian lagi menumpang di rumah saudara-mara.

Bantuan Awal Disalurkan

Bagi membantu mangsa yang terkesan, Kerajaan Negeri melalui Tabung Serambi Mekah telah menyalurkan bantuan awal selain menggerakkan agensi berkaitan untuk menyelaras keperluan segera.

Mohd Nassuruddin turut meluangkan masa menyantuni mangsa dan memberikan kata-kata semangat supaya terus tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka.

Beliau berkata, setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan berharap semua mangsa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hargai Semua Pihak Terlibat

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam operasi bantuan serta pengurusan kebakaran tersebut.

720636337_1338816975092644_2069244397663269638_n


Antaranya termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, pasukan sukarelawan serta badan korporat yang menghulurkan bantuan sejak awal kejadian.

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!