Majlis Daerah Ketereh Laksana Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing

Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) melaksanakan Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (PEWA) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan di sekitar Ketereh dan Kok Lanas pada 24 Jun lalu.

Operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha mempergiat penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing, termasuk etnik Rohingya, bagi memastikan pematuhan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta memastikan hanya individu yang memenuhi syarat perundangan dibenarkan memandu di negara ini.

Majlis Daerah Ketereh Laksana Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing


Seramai 15 pegawai dan anggota penguat kuasa MDKPI bersama 35 pegawai dan anggota JPJ Negeri Kelantan terlibat dalam operasi tersebut.

Hasil operasi, JPJ Kelantan mengeluarkan sebanyak 144 notis, melibatkan:

  • - 90 Notis Saman (P22)
  • - 19 kesalahan teknikal PG(1)
  • - 3 Notis Arah Periksa Kenderaan di bawah Seksyen 61(1)
  • - 19 Notis Sita di bawah Seksyen 64(1)
  • - 13 notis bagi pelbagai kesalahan lain

MDKPI memaklumkan operasi penguatkuasaan bersama JPJ dan agensi berkaitan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan pengguna jalan raya serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Sumber: Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!