85 Peratus Pesalah Ops Pewa Di Kelantan Libatkan Rohingya – JPJ

Kira-kira 85 peratus warga asing yang diambil tindakan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PEWA) di Kelantan sejak Januari hingga 18 Jun lalu terdiri daripada etnik Rohingya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, hasil pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan mendapati majoriti mereka dikesan memandu tanpa lesen yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut beliau, antara kesalahan yang kerap dikesan ialah memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta menggunakan kenderaan bagi tujuan perniagaan atau aktiviti yang tidak selaras dengan kategori penggunaan yang dibenarkan dalam Lesen Kenderaan Motor (LKM).

“Majoriti mereka dikesan memandu tanpa lesen yang sah dan turut melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk menggunakan kenderaan bagi tujuan perniagaan atau aktiviti yang tidak selaras dengan kategori penggunaan yang dibenarkan dalam Lesen Kenderaan Motor (LKM).

“Keadaan ini bukan sahaja melanggar peruntukan undang-undang jalan raya, malah boleh menjejaskan aspek keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

201 Notis Dikeluarkan

Sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 180 kenderaan yang dipandu warga asing telah diperiksa dengan 201 notis dikeluarkan membabitkan 439 kesalahan.

Daripada jumlah tersebut, kesalahan memandu tanpa lesen merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 210 kes di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, sebanyak 105 kes melibatkan salah guna LKM di bawah Seksyen 23(2), manakala masing-masing 62 kes membabitkan LKM tamat tempoh mengikut Seksyen 23(1) serta tiada perlindungan insurans di bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 105 kenderaan turut disita untuk tindakan lanjut.

Denda RM34,000 Dikenakan

Mohd Misuari berkata, sebanyak 34 kes telah dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM34,000 dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak meminjamkan, menyewakan atau menjual kenderaan kepada warga asing yang disyaki pendatang tanpa izin kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan pemilik kenderaan berdepan tindakan undang-undang.

Menurutnya, JPJ Kelantan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang memandu tanpa mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sedemikian disaran menyalurkannya kepada pihak jabatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!