Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mencandat Sotong Di Perairan Besut

Hasrat seorang lelaki untuk mencandat sotong bersama rakan-rakannya berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di atas bot di perairan Besut awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun berasal dari Jerangau, Dungun dilaporkan pengsan ketika berada di atas bot.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, rakan-rakan mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan namun tidak berjaya.

"Mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Lali dekat Kampung Raja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!