Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor Di Besut Musnah Terbakar

Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor, Besut yang menempatkan 13 bilik musnah dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.13 petang sebelum jentera tiba di lokasi sejauh kira-kira 25 kilometer pada jam 1.39 petang.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah bangunan sekolah jenis sementara berkeluasan 200 x 30 kaki persegi yang terbakar musnah sepenuhnya.

Pelbagai Bilik Penting Turut Musnah

Mustafa berkata, bangunan itu menempatkan 13 bilik termasuk bilik buku teks, bilik simpanan susu, bilik muzik, bilik kafe dan bilik j-QAF.

Selain itu, turut musnah bilik rehat pekerja, bilik pemulihan khas, bilik koperasi sekolah, bilik stor sukan, bilik kesihatan/kemahiran hidup, bilik tayangan, bilik transformasi sekolah serta bilik ‘distribution box’.

Kebakaran Berjaya Dikawal, Tiada Kemalangan Jiwa

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 1.52 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Punca kebakaran masih belum dimaklumkan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!