[VIDEO] Guru terkejut bila lihat ‘Anakonda’ jatuh dari siling tandas

Guru Jerit “Anakonda” Selepas Ular Sawa 5 Meter Jatuh Dari Siling Tandas

Seorang guru di Sungai Petani berdepan pengalaman yang tak mungkin dilupakan selepas seekor ular sawa batik sepanjang lima meter tiba-tiba jatuh dari siling tandas rumahnya di Taman Bandar Baru PKNK, Rabu lalu.

Nor Hayati Md. Rajab, 50, berkata kejadian itu bermula apabila anak perempuannya yang pulang dari sekolah menyedari siling tandas pecah dan takut untuk menggunakannya. Ketika itu, Nor Hayati berada dalam mesyuarat.

Anaknya menghantar gambar siling yang terjatuh, dan sebaik tiba di rumah, dia terus memeriksa tandas.

“Pada bahagian siling pecah itu nampak macam kain batik. Saya pun hairan macam mana kain batik boleh ada atas siling. Anak kemudian zoom dengan kamera telefon, masa tu jelas nampak badan ular,” katanya.

Terkejut dengan penemuan itu, dia segera menghubungi talian kecemasan sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba untuk operasi menangkap ular tersebut.

Namun detik paling mencemaskan berlaku ketika reptilia itu ditarik keluar.

“Bila ular tu jatuh dari atas siling, memang saya terkejut. Saiznya besar sungguh, ingatkan ular biasa… tak pernah tengok ular sebesar tu depan mata. Besar sampai saya jerit ‘anakonda’,” katanya.

Nor Hayati percaya ular itu masuk melalui pokok durian belanda di belakang rumah, selepas menyedari dua pasu bunganya terbalik dua hari sebelum kejadian. Kawasan paya di belakang rumah turut dianggap punca reptilia itu tersasar masuk.

Insiden itu meninggalkan kesan trauma kepada dirinya dan dua anaknya.

“Kami masih terbayang kejadian tu. Setiap kali nak masuk tandas pun periksa dulu. Ini pertama kali ular masuk rumah saya,” ujarnya.

Dia turut terpaksa mencuci lantai dan karpet kerana terdapat kesan bau hanyir.



Menurut APM, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.01 petang dan berjaya menangkap ular sawa batik tersebut yang dianggarkan seberat 60 kilogram.

@thekelantandaily

Kejadian sekitar jam 4 petang pada Rabu itu disedari anak perempuan berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah di kediamannya di Taman Bandar Baru PKNK, Sungai Petani, Kedah #KelantanDaily

♬ original sound - Kelantan Daily - Kelantan Daily



Sumber: Kosmo, Sinar Harian

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!