Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM

Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG) tidak mematahkan semangat seorang pelajar dari Bachok untuk terus mengejar cita-citanya menjadi guru.

Sebaliknya, pengalaman itu menjadi pembakar semangat buat Nur Aina Najwa Rosdi, 19, sehingga berjaya meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dengan 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada Khamis lalu.

Nur Aina memperoleh A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah dan Geografi.

Lebih membanggakan, kejayaan itu turut menggembirakan bapanya, Rosli Arifin, 58, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolahnya.

Kecewa Gagal IPG Jadi Pembakar Semangat

Nur Aina berkata, dia sebelum ini memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun gagal dalam temuduga IPG.

Katanya, kegagalan itu membuatkan dia nekad meneruskan pengajian di Tingkatan Enam dan berusaha lebih gigih demi mencapai impiannya.

"Saya sedih kerana abah habiskan banyak duit untuk bawa saya ke temuduga tapi gagal.

Saya tidak pernah malu dengan pekerjaan abah kerana saya mahu orang tahu ibu bapa yang bekerja biasa juga mampu lahirkan anak yang luar biasa," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia menggunakan teknik pembelajaran Pomodoro iaitu belajar secara fokus selama 25 minit sebelum berehat selama lima minit.

Menurutnya, dia juga lebih gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam kerana suasana yang lebih tenang dan membantu meningkatkan fokus.

Belajar Tanpa Tuisyen Luar

Sementara itu, bapanya berkata Nur Aina tidak pernah meminta wang berlebihan dan hanya mengikuti kelas tambahan yang disediakan pihak sekolah.

Menurutnya, keadaan kewangan keluarga menyebabkan anaknya tidak pernah mengikuti kelas tuisyen luar.

"Kebanyakan buku juga dipinjam daripada rakan dan kemudian difotokopi, malah lepas habis STPM, dia bekerja di kedai kek untuk bantu keluarga.

"Saya bangga dengan kejayaan anak dan berdoa cita-citanya untuk menjadi guru akan tercapai," katanya.

Rosli berkata, pendapatan keluarga hanya cukup untuk menyara isterinya, Maizan Abdullah, 52, serta dua lagi anak mereka yang masih bersekolah.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!