Nelayan Maut Ketika Keluar Memukat Udang, Bot Fiber Bertembung Di Muara Sungai

Seorang nelayan yang keluar ke laut untuk memukat udang maut selepas dua bot fiber bertembung dalam kejadian di muara Sungai Mangkok, Setiu pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa, Mohd Adli Zakaria, 53, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam laut akibat pelanggaran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakan nelayan berusia 55 tahun sedang dalam perjalanan untuk memukat udang di perairan Setiu.

Menurut beliau, sebaik tiba di muara Sungai Mangkok, bot fiber dinaiki mereka dikatakan gagal mengelak lalu bertembung dengan sebuah bot nelayan lain yang sedang dalam perjalanan pulang ke jeti.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa yang sedang duduk di bahagian hadapan botnya hilang imbangan lalu terhantuk di bahagian dek sebelum tercampak ke dalam laut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Zain berkata, rakan mangsa segera bertindak menyelamatkan Mohd Adli sebelum membawanya naik semula ke atas bot fiber mereka.

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke Jeti Kampung Baru Penarik.

“Begitupun pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!