Tiada Ternakan Babi Komersial Di Kelantan

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, negeri Kelantan tidak mempunyai penternakan babi bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024. Ini berbeza dengan beberapa negeri lain di Malaysia yang merekodkan jumlah ternakan babi yang pelbagai setiap tahun.

Dalam jadual rasmi tersebut yang memaparkan jumlah ternakan babi mengikut negeri dari 2021 sehingga anggaran 2024, Kelantan ditandakan sebagai “–” atau tiada rekod untuk semua tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada penternakan babi komersial atau berlesen yang direkodkan di negeri ini dalam tempoh tersebut.

Sebagai perbandingan ringkas, Negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak menunjukkan bilangan ternakan babi yang beribu-ribu ekor setiap tahun.

Negeri lain seperti Kedah dan Negeri Sembilan juga mencatat jumlah tertentu setiap tahun.

Walau bagaimanapun, untuk negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Wilayah Persekutuan jumlah ternakan babi kekal kosong (tiada babi didaftarkan atau tiada data tersedia) sepanjang tempoh 2021 hingga 2024.

Manakala bagi negeri Melaka dan Pahang tiada ternakan babi yang didaftarkan bermula tahun 2022 sehingga 2024.

Situasi ini selaras dengan trend umum bahawa negeri seperti Kelantan kurang atau tidak mempunyai industri penternakan babi kerana faktor geografi, sosio-ekonomi dan permintaan pasaran tempatan.

statistik penternakan babi

Data statistik ini adalah rujukan rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia berdasarkan angka bagi tahun 2021, 2022, 2023 dan anggaran 2024.

Walaubagaimanapun, statistik terbaru masih belum dikeluarkan oleh jabatan tersebut. Statistik yang dirujuk ialah bagi tahun 2021 hingga 2024.


Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!