JPJ Kelantan Sita 42 Kenderaan Mewah, Ada Tak Bayar Cukai Jalan Sejak 2020

Siapa sangka kereta mewah pun ada yang ‘buat-buat lupa’ bayar cukai jalan.

Itulah yang dibongkarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan apabila sebanyak 42 kenderaan mewah termasuk Porsche 911 GT3, Porsche Panamera, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Jeep Wrangler dan BMW 528i Limousine disita menerusi Op Khas Luxury yang dijalankan sejak Januari lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, operasi itu memberi fokus kepada kenderaan import dan mewah yang melakukan kesalahan serius, terutama melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Menurut beliau, kesalahan paling banyak dikesan adalah LKM tamat tempoh melibatkan 35 kes, diikuti tiada insurans sebanyak 31 kes.

Pemilik Anggap JPJ Tak Akan Ambil Tindakan

Mohd Misuari berkata, ada pemilik yang memberi alasan terlupa memperbaharui cukai jalan kerana menganggap pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan terhadap kenderaan mewah.

“LKM tamat tempoh adalah kesalahan paling serius dikesan dan alasan pemilik tidak memperbaharuinya adalah buat-buat lupa dengan menganggap pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kenderaan mewah sebegitu,” katanya.

Tambah beliau, sebahagian pemilik turut mempunyai saman tertunggak, menyebabkan mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan.

Malah katanya, terdapat juga pemilik kenderaan mewah yang hanya memperbaharui insurans tetapi mengabaikan cukai jalan.

Kes Nombor Palsu Dan Tukar Enjin Tanpa Kebenaran Turut Dikesan

Dalam operasi sama, JPJ Kelantan turut merekodkan kes lain termasuk penggunaan nombor pendaftaran perdagangan palsu dan pertukaran enjin tanpa kebenaran, masing-masing satu kes.

Mohd Misuari memaklumkan, pemilik kenderaan yang disita terdiri daripada ahli perniagaan, golongan profesional serta penjawat awam.

Ada Yang Tak Perbaharui Cukai Jalan Sejak 2020

Menurut beliau, kes paling lama dikesan tidak memperbaharui LKM adalah sejak tahun 2020, sekali gus dianggap serius kerana bukan sahaja melibatkan ketirisan hasil kerajaan, malah memberi risiko kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan.

“Secara keseluruhannya untuk Op Luxury ini, jumlah ketirisan hasil kerajaan membabitkan kadar bayaran cukai jalan dianggarkan RM34,547.80 setahun,” katanya.

Beliau berkata, kadar bayaran cukai jalan tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak RM6,612, manakala paling minimum RM70.

JPJ Kelantan turut menegaskan penguatkuasaan akan terus dijalankan secara konsisten tanpa mengabaikan kenderaan lain.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

PGA Rampas 8,800 Helai Kain Batik Seludup Bernilai RM1.76 Juta Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk…
Kali Pertama Seludup Arak Dari Thailand, Dua Lelaki Dicekup PGA Di Rantau Panjang
|
Cubaan pertama dua lelaki untuk menyeludup masuk minuman keras…
Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!