Kadar Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kelantan Berpatutan, Serendah RM60

Kadar sewa tapak bazar Ramadan di Kelantan yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula serendah RM60 hingga RM550 bergantung kepada lokasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, kadar berkenaan amat berpatutan dan mampu disewa oleh peniaga.

Menurutnya, kadar sewaan yang ditetapkan adalah berdasarkan lokasi bazar Ramadan di setiap daerah.

“Kadar sewa paling rendah yang ditawarkan adalah RM60 iaitu tapak luar di Beris Kubor Besar di bawah seliaan Majlis Daerah Bachok. Beberapa lokasi lain turut menawarkan kadar serendah RM90 hingga RM150 di Bachok,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Daerah Machang menawarkan tapak bazar pada kadar sewa RM100 di beberapa lokasi seperti Labok, Temangan dan Pulai Chondong.

Sementara itu, Majlis Daerah Tumpat menyediakan 274 tapak dengan kadar sewa antara RM90 hingga RM500.

Menurutnya, Majlis Daerah Gua Musang menawarkan 160 tapak dengan kadar sewa RM250 manakala Majlis Daerah Jeli pula menetapkan kadar antara RM90 hingga RM150.

Majlis Daerah Dabong menawarkan kadar sewa RM210.

“Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan 165 tapak dengan kadar sewa RM350 di Bandar Tasek Raja dan RM250 di Tendong.


“Kadar sewa tapak bazar Ramadan tertinggi adalah di Bandar Pasir Puteh iaitu RM550, manakala Majlis Daerah Kuala Krai menawarkan sewa RM500 di Dataran KK Square,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!