Tiada Laporan Rasmi Mengaitkan Dakwaan Ramai Individu Tukar Jantina Berasal Dari Kelantan

Kerajaan Kelantan menegaskan dakwaan kononnya ramai individu menukar jantina berasal dari negeri ini tidak boleh disahkan tanpa laporan rasmi pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang angka atau statistik rasmi yang mengesahkan dakwaan tersebut.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah bertemu pihak terlibat dan laporan penuh masih dalam proses semakan sebelum sebarang kenyataan muktamad dikeluarkan.

“Kalau benar perkara itu berlaku, ia ialah satu kesalahan dan tidak sepatutnya melibatkan rakyat Kelantan. Tetapi kita tidak boleh keluarkan angka atau buat kesimpulan tanpa laporan sah. Kita tunggu hasil siasatan dan laporan lengkap terlebih dahulu,” katanya pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan tindakan Jaheaik bukan sekadar memeriksa aspek pemakaian, sebaliknya melibatkan kerjasama dengan pihak kesihatan termasuk pemeriksaan sehingga ke tahap jantina bagi kes tertentu.

Tambahnya, terdapat individu lelaki yang berhias seperti wanita telah dipanggil untuk sesi nasihat dan kaunseling.

Menurut beliau, tindakan undang-undang turut diambil terhadap mereka yang berdegil dan enggan mematuhi arahan.

“Mula-mula kita beri nasihat, kemudian ada juga kes yang diambil tindakan kerana ada pihak yang berkeras atas alasan hak individu. Golongan inilah yang memberi masalah.

“Kita tidak mahu rakyat Kelantan apabila dipanggil terus melantik peguam atas alasan hak, sedangkan perkara itu jelas bertentangan dengan syariat dan undang-undang negeri,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan walaupun tidak dianggap kritikal, namun disifatkan sebagai isu besar kerana melibatkan akidah, moral dan keharmonian masyarakat.


Ujarnya, dakwaan kononnya ‘ramai dari Kelantan’ terlibat akan diteliti satu per satu secara berfakta dan berasaskan laporan rasmi tanpa membuat tuduhan melulu.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!