Geng Pecah Rumah Siang Hari Tumpas, 13 Kes Selesai Di Kota Bharu

Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan pecah rumah selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang berketurunan Myanmar, sekali gus menyelesaikan 13 kes jenayah membabitkan kerugian kira-kira RM404,400 di sekitar Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 36 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan dari 10 hingga 13 Mei lalu.

Sasar Rumah Kosong Waktu Siang

Menurut beliau, kumpulan itu dipercayai aktif sejak tiga hingga empat bulan lalu dengan modus operandi menyasarkan rumah kosong pada waktu siang.

“Mereka akan melakukan tinjauan pada awal pagi sekitar jam 8 hingga 9 pagi untuk mengenal pasti rumah yang ditinggalkan penghuni untuk keluar bekerja sebelum memecah masuk bagi mencuri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan bagi Mei 2026, di sini pada Isnin.

Kawasan Sasaran Sekitar Kota Bharu

Mohd Yusoff berkata, antara kawasan yang sering menjadi sasaran kumpulan tersebut termasuk Perol, Peringat dan beberapa lokasi lain di sekitar Kota Bharu.

Siasatan awal juga mendapati kumpulan itu dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah serta curi kereta di sebuah rumah di Lorong Tepi Tahfiz Ar-Raudhah, Kampung Perol, pada 28 April lalu.

Kes itu menyebabkan kerugian kira-kira RM30,000.

Pelbagai Barangan Dirampas

Susulan serbuan dan tangkapan, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah termasuk telefon bimbit, tablet, kamera, barang kemas, jam tangan, beg tangan, wang tunai, sebuah kereta Perodua Myvi, serta peralatan dipercayai digunakan untuk memecah rumah.

Suspek Penjenayah Tegar, Positif Dadah

Menurut Mohd Yusoff, semakan mendapati ketiga-tiga suspek merupakan penjenayah tegar dengan rekod jenayah lampau yang banyak.

“Semakan polis mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai 14 rekod berkaitan kesalahan dadah dan 16 rekod jenayah lain.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Direman Hingga 19 Mei

Mohd Yusoff berkata, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan terperinci masih dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan selepas ini.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!