Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022

Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal pin Touch ‘n Go eWallet yang diamanahkan kepadanya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Tertuduh, Nur Atiqah Asyirah Muhamad Fauzi, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah serta 12 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh jatuh hukum.

Salah Guna Terminal Touch ‘n Go Untuk Kegunaan Sendiri

Mengikut pertuduhan, Nur Atiqah yang diamanahkan mengendalikan mesin terminal pin milik sebuah pasar raya didapati menyalahgunakan kemudahan tersebut dengan mengeluarkan nilai pin Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM98,800 sebelum menebusnya ke akaun eWallet miliknya sendiri.

Perbuatan itu dilakukan antara 7 Januari 2023 hingga 9 Julai 2024.

Bagi pertuduhan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

12 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Selain itu, wanita terbabit turut berdepan 12 pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM469,400 ke akaun Touch ‘n Go eWallet miliknya, ahli keluarga serta rakan-rakannya.

Kesalahan itu dilakukan melalui penebusan nilai pin Touch ‘n Go yang dikeluarkan menggunakan terminal yang diamanahkan kepadanya antara Januari 2023 hingga Ogos 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Transaksi Berjalan Hampir Dua Tahun

Berdasarkan fakta kes, pengurus pasar raya berkenaan membuat laporan polis selepas mengesyaki berlaku pecah amanah melibatkan sebuah mesin peranti terminal e-pay yang digunakan tanpa kebenaran.

Semakan rekod mendapati tertuduh menggunakan peranti tersebut untuk menambah nilai Touch ‘n Go eWallet bagi kegunaan peribadi sejak Ogos 2022 hingga Julai 2024.

Semasa prosiding, peguam Arik Zakri Abdul Kadir yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mengaku bersalah, sekali gus menjimatkan masa mahkamah.

Beliau turut memaklumkan bahawa Nur Atiqah merupakan pesalah kali pertama, kehilangan pekerjaan serta mengalami kemurungan susulan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Batrisya Mohd Khusri memohon hukuman setimpal kerana perbuatan itu dilakukan secara terancang dan berlarutan dalam tempoh yang panjang.

“Transaksi berlaku selama dua tahun dan bukannya sekali gus. Perbuatan tertuduh bukan satu kesilapan sesaat tetapi satu siri pengkhianatan amanah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!