“Untung Duduk Kelantan” – Netizen Kongsi Bezanya Sistem KAFA Dengan Negeri Lain

Satu hantaran tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna meluahkan rasa syukur menetap di Kelantan kerana urusan kelas KAFA untuk anak-anak dianggap lebih mudah dan tidak membebankan ibu bapa.

Dalam hantaran tersebut, individu itu berkata di Kelantan, kelas KAFA diadakan dalam sekolah dan berlangsung sejurus selepas waktu sekolah, sekali gus memudahkan urusan menghantar dan mengambil anak.

“KAFA dekat sekolah je lepas waktu sekolah. Yang luar dari Kelantan aku tengok parents letihnya,” tulisnya.

Hantaran itu pantas menerima ratusan tanda suka serta komen warganet yang rata-rata berkongsi pengalaman masing-masing, khususnya mereka yang pernah tinggal di luar Kelantan.

Netizen Kongsi Realiti Di Negeri Lain: Penat Ulang-Alik, Yuran Tinggi

Seorang pengguna, Nur Akmal Ahmad Bakri, berkongsi pengalaman ketika merantau ke Pulau Pinang apabila sistem KAFA tidak disediakan di sekolah seperti di Kelantan.

Menurutnya, dia terpaksa mencari sekolah KAFA di luar dan berdepan masalah tempat yang penuh selain jarak jauh dari rumah.

“Terpaksa ulang alik walaupun jauh, bayaran hampir RM600 untuk masuk KAFA… terfikir betapa untungnya duduk Kelantan,” katanya.

nur akmal


Seorang lagi pengguna, Biarkan Hati Berbicara pula meluahkan kesukaran di Selangor apabila jadual KAFA berbeza, menyebabkan anak-anak perlu berulang alik pagi dan petang, selain menanggung kos pakaian sekolah berbeza serta yuran tambahan.

biarkan hati berbicara


“Penatnya nak kena ulang alik… pakaian sekolah pun lain-lain… modal kat situ,” tulisnya.

Ramai Puji ‘Kualiti Hidup’ Di Kelantan

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan kehidupan di Kelantan lebih tenang, selain urusan pendidikan agama anak-anak lebih tersusun.

Pengguna Anna Supatra yang menetap di Kelantan selepas berpindah dari Selangor berkata, walaupun gaji tidak sebesar di Kuala Lumpur, namun dia merasakan banyak nikmat lain yang diperoleh termasuk masa dan ketenangan.

“Saya syukur sangat Allah bagi rezeki duduk sini… Salah satunya masa dan ketenangan,” katanya.

anna


Seorang lagi pengguna, Suhaiza Sahar turut mengakui pada awalnya dia sukar menerima keputusan berpindah ke Kelantan, namun selepas 17 tahun menetap di negeri itu, dia bersyukur kerana sistem pendidikan dan kerjasama guru serta ibu bapa membantu membentuk suasana pembelajaran lebih baik.

suhaiza


Balik Kelantan, Rasa ‘Ringan’ Bila KAFA Lebih Terurus

Dalam pada itu, Farhana Nik pula menyatakan selepas bertahun merantau, dia akhirnya pulang ke Kelantan dan terkejut apabila kelas KAFA anak-anak tidak dikenakan yuran tinggi seperti di negeri lain.

Katanya, perbezaan itu amat dirasai kerana di negeri luar, kos pendaftaran dan buku boleh mencecah ratusan ringgit.

“Anak-anak dapat rasa kelas KAFA percuma… di Johor yuran beratus bila anak dua orang,” katanya.

farhana


Seorang pengguna lain, Pja Ahmad turut bersetuju bahawa kehidupan di luar Kelantan memerlukan tenaga lebih kerana KAFA berlangsung lima hari seminggu, manakala di Kelantan hanya tiga hari seminggu, sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa.

pja


Hantaran tersebut akhirnya membuka perbincangan lebih luas dalam kalangan netizen mengenai perbezaan sistem pendidikan agama antara negeri serta cabaran sebenar yang terpaksa dihadapi keluarga yang tinggal di bandar besar.

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!