Keluarga Rambo Castello rayu kerajaan bawa pulang dari Yogyakarta

KOTA BHARU – Keluarga kepada pempengaruh media sosial terkenal, Rambo Castello, merayu pihak kerajaan membantu membawa pulang beliau yang kini ditidurkan di Rumah Sakit Sardjito, Yogyakarta, sejak 5 Oktober lalu akibat serangan jantung, lapor Sinar Harian.

Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59, yang juga kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Bapa kepada empat anak itu berada di Yogyakarta atas urusan kerja bersama rakan-rakan setugas sejak 4 Oktober, sebelum dimasukkan ke hospital keesokan harinya selepas mengalami serangan jantung.

Anak ketiga beliau, Hafizul Fazli Ahmad Radzli, 30, berkata dia dan ibunya, Asiah Abdullah, 55, telah berjumpa dengan pihak Kedutaan Malaysia di sana dan berharap agar bapanya dapat dibawa pulang segera ke tanah air.

“Kami sudah seminggu di sini dan kos rawatan pula sangat tinggi. Jika dapat bawa pulang ke Malaysia, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan kerana ibu hanya suri rumah,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Hafizul, sebelum diserang sakit, bapanya muntah dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh rakan-rakan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat rakan setugas, bapanya baru selesai melakukan aktiviti rekreasi dan sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan sebelum kejadian.

“Selepas melalui beberapa prosedur, pihak hospital meminta izin untuk melakukan rawatan intubasi (menidurkan pesakit) terhadap bapa,” katanya.

Hafizul turut memohon agar rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesembuhan bapanya supaya dapat pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Kami memohon orang ramai agar mendoakan keadaan bapa supaya pulih seperti biasa dan dapat pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya yang tinggal di Kampung Wakaf Zing, Jeli.



Rambo Castello dikenali ramai menerusi kandungan media sosial berbentuk nasihat kehidupan kampung dan perkongsian tip bercucuk tanam, dengan lebih 168,000 pengikut di Facebook dan 330,000 pengikut di TikTok.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!