[VIDEO] Detik Cemas Pemandu Bertembung Gajah Di Laluan Timur-Barat, Jeli

Seorang pemandu berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan dinaikinya bertembung dengan seekor gajah di laluan Bukit Kuala Rui berhampiran Tasik Banding, Jeli, Kelantan, pada pagi Ahad.

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna bernama Aimi Nawi, rakaman memaparkan seekor gajah tiba-tiba berlari ke arah kenderaan mereka, memaksa pemandu mengundur bagi mengelakkan pertembungan.

Situasi itu turut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di belakang mereka yang hampir dirempuh gajah sebelum kenderaan terbabit memecut meninggalkan lokasi kejadian.

“Banyak kali sudah terserempak dengan gajah bila lalu laluan Timur-Barat, tetapi ini pertama kali betul-betul dekat sangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut pemandu terbabit, dia sudah hampir 30 tahun menggunakan laluan berkenaan namun tidak pernah melihat gajah di kawasan tersebut sebelum ini.

“Biasanya dia dekat atas lagi. Gajah ni pun sudah nak masuk hutan. Kami dah rasa lega masa tu. Tetapi beberapa minit kemudian, dia tiba-tiba berpusing dan terus lari ke arah kami.

“Tiada pilihan selain undur kereta, walaupun sebelah tepi ada gaung,” katanya menerusi ruangan komen.



Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa cemas serta menasihatkan agar pemandu lebih berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan, terutama di kawasan habitat hidupan liar.

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!