Penjara Tiga Tahun Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad milik orang lain, termasuk ahli keluarga sendiri, untuk membeli bahan api bersubsidi kerana perbuatan itu adalah dilarang keras.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias menegaskan bahawa MyKad merupakan dokumen pengenalan diri rasmi yang tidak boleh dimiliki atau digunakan oleh sesiapa pun selain pemilik sah.

Menurut beliau, larangan itu selaras dengan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang menyatakan bahawa penggunaan atau pemilikan kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah peraturan tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM20,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya seperti dipetik New Straits Times.

Badrul turut menegaskan semua urusan pembelian bahan api bersubsidi perlu dilakukan sendiri oleh pemegang MyKad masing-masing, kerana tindakan meminjamkan atau menyerahkan MyKad kepada individu lain boleh mengundang padah.

Kenyataan itu dibuat susulan beberapa kes melibatkan individu yang menggunakan MyKad orang lain ketika membeli bahan api bersubsidi, termasuk insiden terbaharu di Tumpat, Kelantan.

Pada 4 April lalu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan seorang suspek ditahan kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik empat individu bagi membeli lebih 100 liter petrol RON95.

Kes tersebut dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), selain suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

Dalam perkembangan sama, JPN memaklumkan pihaknya sedang menyiasat beberapa kes serupa melibatkan penyalahgunaan kad pengenalan bagi pembelian bahan api bersubsidi di seluruh negara.


Sumber: New Straits Times

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!