JKDM Rampas 58kg Ganja Mampat Dalam Pakaian ‘Bundle’ Di Rantau Panjang

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 58.865 kilogram ganja mampat yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai (bundle) di pekan Rantau Panjang, pada 25 Januari lalu.

Dalam serbuan sekitar jam 5.30 pagi, pasukan JKDM menemui ganja mampat berkenaan disorokkan di dalam bonet sebuah kereta yang ditinggalkan di kawasan parkir di jalan utama pekan tersebut.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Dr Ishak Ismail yang menjalankan tugas-tugas (MTT) Pengarah Kastam negeri Kelantan berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Operasi LYNX South-East Asia Phase 3 selepas intipan selama tiga minggu.

Menurut beliau, pasukan operasi mengesan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang ditinggalkan di kawasan parkir sebelum pemeriksaan dijalankan dengan bantuan anjing pengesan dadah dari Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang.

“Hasil pemeriksaan menemui 58.865 kg ganja mampat bernilai RM182,481.50 yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai di bahagian bonet kenderaan tersebut. Siasatan lanjut mendapati kenderaan itu merupakan sebuah kereta sewa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi membalut ganja mampat dalam bungkusan pakaian terpakai dipercayai sebagai kaedah baharu bagi mengaburi pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, pihak JKDM percaya ganja mampat berkenaan dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran sekitar Kelantan serta negeri-negeri lain.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!