Kebakaran Di Kedai Buloh: Wang Tunai RM50,000 Hangus Dalam Almari

Seorang mangsa kebakaran melibatkan lapan unit kediaman di Kampung Kedai Buloh malam tadi mendakwa wang tunai kira-kira RM50,000 yang disimpan di dalam almari dan bawah tilam turut hangus dalam kejadian itu.

Mangsa, Syawal Anuar Arifin, 40, yang bekerja sebagai penjual gas memasak berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran sejumlah tong gas yang ingin dilangsaikan pada hari ini, namun tidak sempat dilakukan.

“Wang tunai kira-kira RM50,000 yang saya simpan di dalam almari dan bawah tilam hangus dalam kebakaran rumah.

“Wang itu sepatutnya untuk pembayaran sejumlah tong gas yang ingin dilangsaikan hari ini namun belum sempat dibayar, semuanya sudah hangus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Syawal berkata, ketika kebakaran berlaku, dia bersama isteri dan tiga anak tidak berada di rumah kerana keluar bersiar di pusat bandar sebelum dihubungi sepupunya yang memaklumkan rumah mereka terbakar.

“Saya segera pulang ke rumah dan sebaik sampai, alangkah terkejutnya apabila melihat api sedang marak membakar beberapa rumah termasuk rumah pusaka yang didiami kami lima beranak.

“Berlaku juga beberapa letupan dipercayai daripada 30 tong gas kosong yang disimpan dan paling terkilan apabila wang tunai sebanyak RM50,000 yang disimpan turut hangus,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, lapan rumah terbakar dengan lima daripadanya musnah 100 peratus manakala selebihnya musnah 10 peratus.

BERKAITAN:
48 Anggota Dari 4 Balai Bomba Dikerah Padamkan Kebakaran 8 Kediaman Di Kedai Buloh
8 Buah Rumah Terlibat Dalam Kebakaran Di Cabang 3 Kedai Buloh

Saksi Sempat Selamatkan Dokumen Penting

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Faizul Mohd Noor, 40, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adiknya yang memaklumkan kawasan kejiranan mereka sedang terbakar.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah berhampiran berkata, dia terus pulang ke rumah dan ketika itu hanya dua rumah yang sedang terbakar.

“Saya bersama adik dan kakak terus membawa keluar dokumen penting kerana bimbang api akan merebak, dalam masa yang sama turut membantu jiran yang lain menyelamatkan barangan mereka.

“Api marak dengan cepat dan beberapa letupan kuat juga berlaku menyebabkan kami segera keluar menyelamatkan diri ke tempat selamat,” katanya.

Menurut Faizul, walaupun rumahnya terletak dekat dengan kediaman yang terbakar, ia berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pihak bomba.

“Walaupun rumah saya dekat jaraknya dengan kediaman jiran lain yang terbakar, Alhamdulillah, berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas pihak bomba,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!