8 Buah Rumah Terlibat Dalam Kebakaran Di Cabang 3 Kedai Buloh

Kebakaran yang berlaku di Cabang 3, Kedai Buloh sekitar jam 10 malam tadi melibatkan sebanyak lapan buah rumah, menurut maklumat awal daripada pihak bomba.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Dato’ Dr Izani Husin menerusi satu hantaran di Facebook selepas beliau turun meninjau sendiri lokasi kejadian sejurus menerima berita insiden tersebut.

BERKAITAN:
48 Anggota Dari 4 Balai Bomba Dikerah Padamkan Kebakaran 8 Kediaman Di Kedai Buloh
Kebakaran Di Kedai Buloh: Wang Tunai RM50,000 Hangus Dalam Almari


“Menerima berita kebakaran yang berlaku di Cabang 3 Kedai Buloh sekitar jam 10 malam tadi, saya terus bergegas turun meninjau lokasi kejadian. Menurut pihak bomba, sebanyak 8 buah rumah telah terlibat dalam insiden ini,” katanya.

Dr Izani melawat tempat kebakaran di Kedai Buloh

Dr Izani meninjau lokasi kebakaran di Cabang 3 Kedai Buloh


Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terkesan dan mendoakan agar mereka diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian tersebut.

“Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terkesan. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Insya-Allah, kita akan berusaha untuk bertemu serta menyantuni semua mangsa yang terlibat,” katanya lagi.

Bomba padam kebakaran rumah


Dalam pada itu, Dr Izani turut merakamkan penghargaan kepada pihak bomba atas tindakan pantas yang berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Terima kasih kepada pihak bomba atas tindakan pantas dalam mengawal kebakaran daripada terus merebak,” katanya.

Berita lebih lanjut menyusul.

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!