48 Anggota Dari 4 Balai Bomba Dikerah Padamkan Kebakaran 8 Kediaman Di Kedai Buloh

Lapan kediaman di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu dilaporkan terbakar dalam kejadian malam tadi, dengan lima daripadanya hangus sepenuhnya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu memaksa seramai 48 pegawai dan anggota bomba dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerah ke lokasi bagi memadam kebakaran.

BERKAITAN:
8 Buah Rumah Terlibat Dalam Kebakaran Di Cabang 3 Kedai Buloh
Kebakaran Di Kedai Buloh: Wang Tunai RM50,000 Hangus Dalam Almari


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Farid Ismail berkata, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta sebuah motosikal.

8 buah rumah terbakar di Kedai Buloh Kota Bharu Kelantan

Foto: FB Dato’ Dr Izani Husin


“Kami menerima panggilan kecemasan jam 9.55 malam dan segera ke lokasi sebelum mendapati api sedang marak di beberapa rumah.

“Kebakaran membabitkan kediaman jenis separuh kekal dengan lima daripadanya hangus 100 peratus, manakala tiga lagi musnah 10 peratus,” katanya kepada pemberita.

Menurut Mohd Farid, struktur binaan rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu, jarak kediaman yang agak rapat serta cuaca sedikit berangin menyebabkan api cepat merebak.

Beliau turut mengesahkan beberapa letupan kedengaran dipercayai berpunca daripada sejumlah tong gas di salah sebuah rumah yang terbakar.

Dalam pada itu, pasukan bomba berdepan sedikit cabaran dari segi bekalan air, namun keadaan berjaya dikawal dengan bantuan pili bomba dan sumber air terbuka berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal dalam masa sejam dan operasi tamat jam 12.30 tengah malam.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!