Jeritan Anak 4 Tahun Selamatkan Ibu Tunggal Dan Abang Dari Rentung Di Bachok

Jeritan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berjaya menyelamatkan ibunya dan abangnya daripada rentung apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Sentosa, Bachok, pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, kanak-kanak itu, Muhammad Amir Al Farizqi Abdul Aziz bertindak mengejutkan ibunya, Normaizuara M Raduan, 43, serta abangnya, Muhammad Aqil Firdaus, 18, yang ketika itu sedang tidur selepas dia menyedari api marak dari sebuah bilik.

Normaizuara yang juga ibu tunggal dilaporkan mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan lengan kiri ketika berusaha membawa keluar dua anaknya.

“Anak Kejut Saya Kata Api, Api…”

Menurut Normaizuara, sebaik tersedar dia terus membawa keluar anak-anaknya dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum melihat rumah dua tingkat yang disewa sejak tiga tahun lalu hangus dijilat api.

“Anak yang berusia empat tahun gerak (kejut) saya kata api, api, masa saya terjaga tu api besar dah.

“Kami tak sempat selamat apa-apa, namun bersyukur sempat keluar dari rumah yang terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kereta Dan Wang Simpanan RM700 Turut Musnah

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah Proton Satria serta wang tunai RM700 yang dikumpul Normaizuara untuk kegunaan anaknya, Aqil Firdaus yang merancang ke Kuantan, Pahang bagi mencari pekerjaan selepas menerima keputusan SPM semalam.

“Selepas dapat keputusan SPM, anak bercadang ikut kakak dia bekerja di Kuantan, Pahang, sepatutnya dia pergi Ahad ini,” katanya yang masih trauma dengan kejadian.

Normaizuara turut memaklumkan anak pertama dan kedua bekerja di luar Kelantan, manakala dia menyewa rumah berkenaan bersama tiga lagi anak dengan kadar sewa RM300 sebulan dan bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Telaga Bata.

Bomba Terima Panggilan Jam 8.13 Pagi

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamizi Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Katanya, ketika bomba tiba di lokasi, rumah dua tingkat jenis separa kekal itu sudah terbakar kira-kira 80 peratus kerana struktur rumah sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!