Pagi Raya Bertukar Pilu, Tiga Rumah Teres Musnah Dalam Kebakaran Di Bunut Payong

Kegembiraan hari raya pertama bertukar pilu buat tiga keluarga apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.27 pagi itu, dua unit rumah teres dua tingkat musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 80 peratus.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba Kota Bharu, Tunjung serta tanker dari Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi, didapati kebakaran membabitkan tiga buah rumah teres dua tingkat.

“Dua unit rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Operasi pemadaman kebakaran masih dijalankan ketika laporan dibuat.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!