Impian Pelajar Terbaik SPM 2025 Kelantan Tunai Umrah Jadi Kenyataan

Impian seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Kelantan, Muhammad Izz Darwisy Zamani, 18, untuk menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima tawaran tajaan daripada sebuah agensi pelancongan.

Muhammad Izz yang memperoleh keputusan 12A+ menerima tajaan itu daripada Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok (SMKATB), hari ini.

Tawaran tersebut disampaikan oleh wakil Andalusia, Mohamad Aiman Zahari, dan disaksikan ibu bapa Muhammad Izz iaitu Mas Atikah Mansor, 48, dan Zamani Rafii, 51, selain lebih 300 pelajar yang turut hadir.

Impian Sebelum Sambung Belajar

Muhammad Izz berkata, sebelum ini dia memang berhasrat untuk menunaikan umrah sebelum menyambung pengajian pada Julai ini, namun tidak menyangka impiannya tercapai lebih awal apabila menerima panggilan daripada pihak sekolah mengenai tawaran tajaan tersebut.

“Insha Allah kalau ada rezeki saya nak pergi umrah dengan ibu bapa saya. Sebelum ini saya bercita-cita nak tunai umrah dengan mereka, jadi kami akan usahakan untuk pergi bersama-sama sebelum saya sambung belajar nanti,” katanya.

Pakej Umrah Bernilai RM7,490

Muhammad Izz menerima pakej umrah sederhana bernilai RM7,490 bagi perjalanan umrah pada tahun 2026.

Dalam pada itu, Mohamad Aiman berkata pakej tersebut tidak ditetapkan tarikh tertentu bagi memudahkan pelajar berkenaan memilih sendiri jadual penerbangan.

Katanya, pakej itu merangkumi perjalanan pergi balik, makan minum tiga kali sehari serta penginapan hotel pada jarak kira-kira 300 meter dari Masjidilharam di Makkah.

Akhlak Baik, Hafaz 30 Juzuk Jadi Sebab Ditaja

Menurut Mohamad Aiman, tawaran itu layak diberikan kepada Muhammad Izz kerana akhlaknya yang baik, selain menghafal 30 juzuk al-Quran sejak tingkatan tiga serta mencapai keputusan cemerlang SPM 2025.

“Kami harapkan ia dapat menjadi pembakar semangat buat pelajar ini dan inspirasi kepada pelajar lain,” katanya.

BERKAITAN: Pelajar Terbaik Kelantan Raih 12A+ SPM, Hafiz al-Quran, Fasih 3 Bahasa


Muhammad Izz juga merupakan pelajar tunggal yang memperoleh 12A+ di Kelantan tahun ini, selain memecah rekod SMKATB apabila menjadi pelajar pertama memperoleh semua A+ sejak sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1999.


Sumber: Berita Harian

SHARE

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!