Bersedia Hadapi Peningkatan Kos Bahan Api Bagi Penjanaan Elektrik

Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan kos bahan api bagi penjanaan elektrik susulan konflik geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, kesan terhadap sistem tenaga negara masih berada dalam keadaan terkawal kerana sebahagian besar bekalan gas negara adalah daripada sumber domestik.

80 Peratus Gas Untuk Elektrik Dari Sumber Tempatan

Menurut beliau, kira-kira 80 peratus gas yang digunakan bagi penjanaan elektrik di Malaysia datang daripada sumber domestik, sekali gus mengurangkan pendedahan langsung kepada turun naik harga pasaran global.

“Namun, kita masih terkesan kerana ia berkait dengan harga rujukan pasaran (MRP),” katanya ketika sesi soal jawab bersama media selepas membentangkan Semakan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga 2026 di sini pada Rabu.

Kenaikan Dijangka Masuk Melalui Mekanisme AFA

Siti Safinah menjelaskan, peningkatan kos bahan api dijangka mula diterjemahkan ke dalam sistem tenaga negara menerusi mekanisme Pelarasan Automatik Kos Bahan Api (AFA).

“Masyarakat perlu bersedia untuk kenaikan kos walaupun kenaikan itu mungkin tidak terlalu tinggi atau tidak terkesan berbanding dengan beberapa negara lain tetapi masih ada kenaikan kos,” ujarnya.

Katanya, pelarasan melalui AFA dibuat secara bulanan selagi perubahan kos masih dalam ambang 10 peratus, manakala sebarang kenaikan melebihi paras itu memerlukan kelulusan kerajaan.

“Kos itu tetap kos, ia perlu dibayar tetapi bagaimana ia disalurkan bergantung kepada keputusan kerajaan,” jelas beliau.

Import Gas Kurang 20 Peratus, Tetapi Masih Beri Kesan

Dalam pada itu, beliau berkata kurang 20 peratus bekalan gas Malaysia adalah gas import, yang turut menyebabkan negara terdedah kepada perubahan harga global terutama kontrak yang diindeks kepada pasaran minyak.

Harga Arang Batu Turut Meningkat Perlahan

Tambahnya lagi, situasi global turut menyaksikan peningkatan harga arang batu apabila banyak negara beralih kepada sumber tersebut susulan kekangan bekalan gas.

Menurut beliau, Malaysia yang mengimport sepenuhnya arang batu bagi penjanaan elektrik juga tidak terkecuali daripada tekanan kenaikan harga itu.

“Seperti yang kita lihat dalam situasi krisis sebelum ini khususnya pada 2022 semasa krisis Ukraine–Rusia, apabila bekalan gas menjadi ketat secara global, dunia cenderung beralih semula kepada arang batu. Ini menyebabkan harga arang batu meningkat.

“Jadi di bahagian arang batu, kita juga mula melihat harga meningkat secara perlahan. Ia tidak melonjak, tidak meningkat secara mendadak, tetapi mula naik. Oleh itu, kita masih mempunyai pendedahan,” katanya.

Pelarasan Kos Ada Kelewatan Kerana Rantaian Bekalan

Beliau turut menjelaskan, terdapat kelewatan dalam pelarasan kos disebabkan faktor rantaian bekalan termasuk proses pembelian dan pembayaran bahan api.

“Walaupun kita membuat pelarasan secara bulanan sekarang, masih terdapat kesan kelewatan. Ini semata-mata disebabkan cara rantaian bekalan berfungsi.

“Kerana anda membeli bahan api, anda membuat invois, anda mengutip bayaran dan sebagainya. Jadi akan sentiasa ada kelewatan dari segi bagaimana kos sebenar direfleksikan dalam kerangka pelarasan bahan api,” katanya.

Sehubungan itu, bagi memastikan lebih telus dan membantu industri membuat perancangan lebih awal, pihak pembeli tunggal menerbitkan unjuran bahan api secara suku tahunan iaitu bagi tempoh tiga bulan ke hadapan, namun unjuran itu boleh berubah mengikut keadaan semasa.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!