OKU Intelektual Menangis Mahu Sertai World #QuranHour Di Kota Bharu

Seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual tidak dapat menahan sebak kerana terlalu ingin menyertai program World #QuranHour yang berlangsung di Masjid As-Siddiqin, Mukim Panchor, Kota Bharu pada Selasa.

Wanita tersebut, Adibah Yaacob, 39, pada awalnya tidak dibenarkan oleh ibunya untuk mengikuti program itu kerana bimbang dengan keupayaannya.

Namun Adibah yang tidak berhenti menangis malah menghantar gambar dirinya kepada ketua rombongan akhirnya berjaya meyakinkan pihak Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) Darul Quran, Pasir Pekan, Tumpat untuk membawanya bersama rombongan menaiki bas ke program berkenaan.


Mahu Belajar Solat Tahajud

Adibah yang ditemui selepas sesi tadabbur Surah Al-Muzzamil pada program tersebut berkata dia berazam untuk mempelajari solat tahajud dan bangun beribadah pada waktu malam.

“Sekarang saya dah pandai solat Subuh dan Zuhur.

“Lepas ni saya nak belajar solat sunat tahajud dengan ustazah,” katanya.


Baru Enam Bulan Belajar Al-Quran

Pengasas Darul Quran Pasir Pekan, Wan Maziah berkata beliau amat terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh wanita istimewa itu.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama Adibah menyertai program World #QuranHour, namun wanita tersebut sebenarnya sudah lama bertekad untuk mendalami al-Quran.

“Baru enam bulan dia mengikuti pembelajaran al-Quran, dia kini sudah mampu membaca Iqra empat dengan lancar,” katanya.


Keluarga Turut Beri Sokongan

Wan Maziah berkata keluarga Adibah turut memainkan peranan besar dalam menyokong usahanya untuk belajar al-Quran.

Menurutnya, keluarga wanita itu sanggup menghantar Adibah dari rumah mereka di Morak, Tumpat ke tempat mengaji di Pasir Pekan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Mereka bayar RM30 setiap hari ulang alik.

“Kesungguhan itu menandakan dia benar-benar mahu belajar al-Quran,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!