Lima Kes Langgar Lembu Berkeliaran Di Gua Musang Dalam Tempoh Enam Hari

Haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan utama di Gua Musang disifatkan sebagai ‘perangkap maut’ kepada pengguna jalan raya, khususnya ketika musim cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sejak 19 Mac lalu, polis merekodkan lima kes kemalangan membabitkan kenderaan melanggar lembu yang berada di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, dalam tempoh enam hari bermula pergerakan perantau pulang beraya, kes melibatkan haiwan ternakan itu menunjukkan situasi yang membimbangkan.

Menurutnya, walaupun tiada kemalangan maut dilaporkan, pengguna terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.

“Masalah ini memerlukan kerjasama semua pihak, terutama pemilik haiwan ternakan supaya lebih bertanggungjawab.

“Nasihat dan peringatan sudah banyak diberikan, namun isu ini masih berulang,” katanya.

Beliau menegaskan lima kes dalam tempoh singkat itu perlu dipandang serius kerana boleh mengundang risiko lebih besar kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Mohd Saiful Razali, 34, berkongsi pengalaman hampir melanggar lembu ketika dalam perjalanan dari Gua Musang ke Gerik, Perak.

Katanya, kejadian berlaku berhampiran kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Meranto apabila beberapa ekor lembu tiba-tiba berada di tengah jalan.

“Nasib kami baik sempat membrek. Situasi sangat bahaya, terutama jika kenderaan di belakang tidak sempat berhenti,” katanya.

Beliau berharap pemilik ternakan lebih peka dan memastikan haiwan tidak dilepaskan bebas di jalan raya, terutama ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan trafik.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!